PROGRAM SIHAT CERGAS SQS: PEMANDUAN GO-KART

 

Program Sihat Cergas SQS – Pemanduan Go-kart telah diadakan pada 9hb Disember 2021 bertempat di Litar Go-Kart Universiti Utara Malaysia. Program ini bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan staf akademik dan juga sokongan SQS. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menghilangkan rasa tekanan kerja hakiki di kalangan staf.

Program ini adalah anjuran Kelab Kebajikan SQS yang mana seramai 17 orang staf telah menyertai program ini termasuk Dekan, Prof Madya Dr. Mohd Kamal Nawawi. Dalam ucapan aluan dekan, beliau berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan agar tekanan kerja yang dialami staf dapat dikurangkan. Beliau juga berharap, untuk sebarang aktiviti akan dating, lebih ramai lagi staf dapat turut serta agar aktiviti menjadi lebih meriah dan bermanfaat kepada semua.

 

go kart2